our family..hapy2

our family..hapy2

Thursday, May 6, 2010

Our 1st baby..Muhammad Syafiq Iskandar Bin Mohd Faizal...


semoga roh mu dicucuri rahmat sayang...aminn
mama dan ayah sgt menyayangi kamu....

born 01-sept-2009

weight 2.9kg


baby sgt sihat sewatu dilahirkan..tapi mama dan ayah cume sempat bersame syafiq selama 2bulan saja.
setelah seminggu di rumah, pada 9-9-2009 checkup pertama syafiq, alangkah terkejutnya mama dan ayah sewaktu doktor mengesahkan baby mama ade problem jantung..saluran jantung kurang satu...



Hati ibu mane yang x sedih bila anak yg di lahirkan ade masalah...ayahnya pada mase itu hanya tenang mendengar kata2 doktor..dlm hati xsiape yg tahu betape beratnya nak menerima...10-9-2009, syafiq terus dihantar ke Institut Jantung Negara(IJN), selama seminggu disana, abang jage die disana dgn baik..aku tidak dapat bersama kerana dlm pantang..betapa sedihnya hati aku semasa syafiq disana.



pada 18-09-2009, operation pertama di jalankan, aku xpasti operation ape, tapi yg aku tau PDA saja.
dan pada 25-09-2009, operation ke-2, BT SHUNT...

8-10-2009 syafiq dibenarkan pulang...sungguh gembira sekali kami, tapi 10-10-2009 syafiq masuk GH Melaka sebab sistem pernafasan nya berbunyi..akhirnya setelah hampir sebulan di GH, 1-11-2009, syafiq menghembuskan nafas terakhir diatas pangkuanku tepat jam 12.00 tghari. Betapa sedihnya aku, hanya tuhan yang tahu. Abang tempat aku selalu mengadu, die banyak bagi aku support, terima kasih abang sebab jaga mama dan baby...mama sayang kamu berdua...

No comments:

Post a Comment